24 June 2009

RAE 2009-1


Kepada yang bakal menduduki RAE 2009-1 ari ni teman ucapkan semoga berjaya. Berjaya memiliki AA. Berjaya memancar denga halal (lepas dapat AA) bukan sebagai stesen haram. Berjaya menambah bilangan ahli radio amatur. Berjaya menjadi ahli radio amatur yang berkualiti.

With enuff preparation or dadu; I wish all of you hǎoyùn

73 de 9W2AFR
read more “RAE 2009-1”

18 June 2009

Teman & CW part 2

Ok kita sambung lagi... setelah set mind bahawa cw ni senang kita download software ni

justlearnmorsecode

Sebenarnya banyak lagi software yang ada dalam internet tu seperti cwplayer, g4fon koch dan banyak lagi.

Dengan software tu buat siri a - z dengan setiap huruf diulang 10 kali tanpa gap. Pilih speed 13wpm dan tone sesedap telinga mendengar (selalunya 600-750 - teman amik 600*). Convert ke mp3/handphone/cd/kaset** untuk kita mendengar***. Dengan duration file 4 minit setengah kita ulang 2-4 kali untuk satu sessi. satu hari buat le 2-3 sessi.

MP3 a-z cw

Ini untuk membiasakan telinga dengan bunyi dit dan dah selain dari mengenali huruf secara bersiri.

Maintain untuk 2-4 minggu****.

* mengapa tema guna tone 600? Ini kerana kalo tone lain yang teman gunakan ada gangguan echo serta vibration pada meja. setting bilik yang kelam kabut kot sebabkan jadi macam ni...

**dengan sistem portable teman boleh dengo cw dimana sahaja

***untuk mendengar boleh la jika nak guna headphone tetapi di satu stage dimestikan mendengar menggunakan speaker kerana masa exam audio yang keluar adalah melalui speaker.

****bergantung kepada keupayaan dan disiplin. Tak semua orang perlukan 2-4 minggu mungkin lebih mungkin kurang

FAQ
kenapa tak guna software tu terus?
Jika tak pernah dengar bunyi morse code dan terus guna software pun boleh tapi bila masuk level 4 huruf keatas maka akan terasa susahnya dan ditakuti akan melemahkan semangat. Jadi hati kena keras beb...

p/s : Apa yang teman tulih hanyalah cara teman belajo CW dan penulisan serta penerangan teman ini bukan untuk menidakkan method pembelajaran yang lain. Tepuk dada tanya selera...

73 de 9W2AFR
read more “Teman & CW part 2”

16 June 2009

Teman & CW part 1

Kalo diikutkan teman tak suka sangat tulih apa yang teman buat dalam proses aku belajo cw tapi ada member tanye teman tentang hal ni. tak adil pulak kalo bagitahu dia seorang je better teman tulih cara teman dalam blog. jadi kira kongsi ramai ramai.

Sebelum teman mulakan, teman mintak ampun dulu; tujuan post cw ni untuk sharing bukan nak tunjuk terer mahu pun meriakkan diri. (teman pernah conduct kelas cw kat ipoh tapi ada yang jaki - konon kononnya 9w2 tak ayak mengajo cw)

Perkara pertama dalam teman belajo cw ni ialah adjust mind set yang mengatakan cw ni senang. ade le yang kata ni unsur riak. tak pun dok kutuk teman yang masih fail. Kata apa pun ni yang sifu teman kaabo kat teman "Kalo kome decide cw ni susah; sampai ke sudah le susah beb".

Cukup le itu dulu untuk part 1 ni. ADJUST mind set dulu. Next baru cerita langkah seterusnya.

73 de 9W2AFR
read more “Teman & CW part 1”

07 June 2009

siapakah dia

Tadi teman pi kenduri kahwin di Kampung Cempaka Sari. Lalu jugak la depan rumah 9W2PIZ. Lalu je la... nak panggil bukannya kereta ada setup radio kecuali radio stereo je. Itu pun off juga. Nak singgah lagi le jangan harap sebab teman konvoi 2 kereta dan teman lead car pulak tu.

Sapai rumah kenduri, turunkan passenger dan terus cari parking. Dalam dok pusing pusing cari ruang parking nampak kereta ni.


Mungkin rakan baru yang teman tak kenal... Mungkin juga rakan lama yang dah tak memancar...

73 de 9W2AFR
read more “siapakah dia”