Kejarangan teman memancar sebenarnya memberikan teman sedikit kelebihan. Apa kelebihannya? Orng tak kenai siapa teman ni.
Tadi kat Kelab Anje teman dok dinner. Sendirian. Datang sebuah kereta berantenna. Duduk dekat dengan meja teman. Temn dok perati je. Perghh siap bawak handy tu. Letak atas meja. bukak volume agak kuat. terganggu konsetrasi nak tengok bola. (Hull vs Stoke)
Teman pun tegur. "banyak kereta eksiden ke bang". "Tak la", katanya. "Habis tu walkie talkie tak abih abih berbunyi. kawan saya yang kerje tow truck pun walkie talkienya berbunyi tak renti renti kalo banyak kete eksiden".
"Eh ni bukan sama macam tu". Katanya dengan muka sedikit bengang. "Tak sama ke? Tang mana tak samanya?" teman provoke sikit. "Yang ni radio amatur, nak kena ada lesen atau AA; nak kena ada callsign". Terang dia agak panjang lebar. "Kalo macam tu sama la dengan kawan saya yang keje tow truck tu. dia pun ada lesen. dalam walkie talkie nama dia LTW01. LTW01 tu kira callsign la kan." Teman balas balik.
"Yang tu lain. radio amatur pakai 9w2 atau 9m2. yang kawan awak pakai tu untuk keje. yang ni untuk hobi. Sembang ngan kekawan." dia balas. Teman angguk buat buat faham. "tapi kawan saya punya pun boleh sembang ngan kawan kawan tow truck yang lain." teman counter balik.
"Sama la kot" jawab dia malas. Tak tau le samada malas nak layan teman atau malas sebab hujah dia dah habih. Cis nak kena pancing ni kata hati teman. "Cuba abang panggil kawan saya yang tow truck tu, LTW01" Pancing teman. "Eh mana boleh. Radio ni untuk frekuensi radio amatur je. kawan awak tu mesti guna commercial punya. Mana boleh masuk" dia jawab. "oooo ada lain lain pulak ye. Jadi aa seronoknya main walkie talkie ni bang?" Teman terus memancing.
"sebelum tu ni bukan walkie talkie. ni radio tau. untuk main radio amatur kena pi exam. kalo lulus boleh pakai 9w2. lepas 9w2 kena amik exam cw errr errr morse code pulak untuk kelas A. Kelas A guna callsign 9m2. seronoknya radio amatur ni kita boleh dapat ramai kawan. kalo ada masalah di satu satu kawasan boleh mintak tolong geng radio amatur. tunjuk jalan ke? kereta rosak ke?" panjang lebar dia terang kat teman. "La kereta rosak pun panggil geng radio ke? kenapa tak telepon workshop atau call AAM je?" teman bagi soalan provoke lagi. "Bukan semua tempat ada line telefon. Bila di tempat tak de line telefon radio amatur masih boleh memancar. Kiranya tak terputus hubungan dengan dunia luar" dia counter balik. "ohhh macam tu. jadi apa beza 9w2 dengan 9m2 bang?"teman tanya lagi.
"kalo 9m2 tu boleh sembang sampai luar negara. 9w2 dalam negara je" dia jawab. "Cuba panggil kawan kat amerika bang, saya nak dengo" teman potong. "ehhh yang tu abang tak boleh sebab abang pakai 9w2 je. lagi pun radio dia lain sikit. lagi mahal oooo" dia balas. "ooo bila abang nak amik 9m2 pulak?" teman tanya lagi. "maleh la. buang masa je nak belajo morse code." dia jawap. "betul la tu bang saya tak payah 9w2 atau 9m2 pun boleh sembang satu dunia. pakai skype, pakai YM. siap ada webcam lagi. tak payah nak amik exam. tak payah buang duit beli radio mahal mahal"kata teman pulak.
"Tapi thrill radio amatur ni lain berbanding dengan skype tu." dia dah start kelam kabut menjawap provoke teman. "apa lainnya. yang penting sembang kan?" teman usik lagi. Brader tu makin gelisah sebab soalan teman makin menjerat. "Ntah la. Abang pun tak tau nak jawap. sebenonya abang ni main pun sebab kawan abang ajak join. Semua kekawan pakai radio amatur abang pun ikut je la." Dia mengaku.
"tak pa la bang saya ni saja tanya je. sebab ingatkan abang ni keje tow truck. Terima kasih le sebab terang panjang panjang kat teman" teman jawab bagi sedp hati dia. "kalo ko nak tau lagi boleh abang bawak jumpa kawan kawan abang. deme terer la kot nak explain." dia bagi tau. "tak pa la bang", teman jawap dan terus panggil Anje teman kira.
bangun dari kerusi nak blah teman cakap kat brader tu,"73". Sebelum teman blah ngan moto teman perati brader tu macam blur gile. hehehehee
aiyak.... gua manyak jahat loooo.......
p/s : LTW tu represent Lau Tak Wah. kalo tak kenal siapa Lau Tak Wah sila google ye...
73 de 9W2AFR
read more “hehehehehe”