Selamat menyambut Hari Radio Amatur Sedunia.
Tema tahun ni : Your Resource in Disaster and Emergency Communication
Sempena Hari Radio Amatur Sedunia ni jugak maka umur blog picisan teman pun dah setahun. Tak sangka blog hampeh ni boleh tahan sampai setahun. Teman ingat 6 bulan terus tutup sebab tak de sapa baca gamaknya.
Macam macam yang berlaku dalam masa setahun ni. Rakan rakan pun dah mula explore mode komunikasi yang lain. Maka kedengaran sana sini tentang APRS dan SSTV. Perghhh advance siot... Kalau nak rasa macam James Bond cuba le try mode ni.
10 meter band pun teman dengo rancak. DXing dan local contact ada je report dari blog rakan rakan. Bagus le macam tu. Gunakan sepenuh jaluran yang dibenarkan untuk kelas B.
CW? Ini pun menarik. dari percubaan gagal yang pertama sehinggalah percubaan gagal yang terkini teman tengok makin ramai yang sudi melapangkan diri dengan mode komunikasi yang very the old school. New school CW? pakai electronic key le compare old school yang masih dengan straight key. Tak kire le apa key pun (
termasuk car key yang diketuk ke meja) mode ini adalah cabaran untuk memiliki kelas A radio amatur di Malaysia. Teman masih berusaha untuk memiliki kelas A.
Kemunculan callsign baru pun makin banyak. Ini menandakan yang usaha rakan rakan lama dalam scouting masih berterusan. Kelas RAE pun dah bercambah cambah. Ada yang crash course dan ada yang long term. Baguih la macam ni. Bertambah meriah simplex dan repeater. Cuma diharap AROP perlu dipatuhi. Jangan dok rancak sembang sampai AROP pun kelaut.
Dalam pada rakan rakan upgrade equipment, teman pulak downgrade. Yang tinggal hanya handy sebijik dan scanner. Ini le yang buatkan teman macam hilang dalam jaluran dunia amatur di tempat teman. Ntah ntah kekawan pun dah lupa callsign teman. HI HI... Insya Allah teman akan muncul kembali. Bila? teman pun tak tau, tunggu je la.
Sekali lagi teman ucapkan selamat menyambut Hari Radio Amatur Sedunia.
73 de 9W2AFR
read more “setahun sudah berlalu”