31 March 2009

V17 ARDF Open 2009

2 bulan nan lalu memang teman dah confirm nak join event ni. hanya mampu merancang je la teman ni. hal hal berbangkit menyebabkan planning teman berubah sepenuhnya. memula dah timbul hal keje dan terbaru hal family pun muncul secara mengejut.

antara dua tu teman akan dahulukan urusan keluarga. Walaupun masih belum dapat confirmation tapi bila masuk bab urusan merisik ni memang teman takkan back off. Tambahan pulak kalo merisik untuk adinda teman yang bongsu tu. Mana boleh lari beb...

Jadi dengan ini secara rasminya teman umumkan yang teman tidak dapat join v17 ardf open 2009. Kepada penganjur teman ucapkan semoga sukses dengan pertandingan itu nanti. Buat bakal pemburu teman ucapkan selamat berjaya.

wa chow sin
read more “V17 ARDF Open 2009”

AGM PARTS 2009 dan nasihat buat kawan

Kepada yang terpilih menjawat Jawatankuasa Pertubuhan teman ucapkan tahniah. Teruskan berkhidmat agar PARTS akan semakin berkembang dan maju.

Cerita pasai AGM ni, pada hari ahad hari tu ada sms masuk ke handphone teman. Masa tu teman tengah berpanas di Dataran Perbandaran Taiping. Nengok kan nombor teman tahu ianya dari seorang rakan radio. Baru dapat AA pun. SMS tu bertanyakan dimana teman? datang atau tidak ke AGM? Teman balas mengatakan teman tak datang sebab teman ke Taiping.

Simpan handphone dan terus buat keroje teman kat padang tu. Handphone berbunyik lagi. nombor yang sama. "apa daa pigi taiping? kena la support parts. kata geng radio amatur", gitu le sms kawan teman tu. Teman dah angin satu badan. dah le panas, email tak leh send dari handphone teman nak update blog dan breakfast pun belum lagi; dapat pulak sms bangang macam ni. Teman pun taip bagai nak rak tapi teman delete sebab teman boleh tulih apa yang teman taip tu dalam blog. jadinya teman hanya balas,"RADIO AMATUR HANYA HOBI".

Radio Amatur Hanya Hobi
Apa maksud sms teman ni? pernah dengar 'butter and bread come first'? tak pernah? antara keje dan hobi mana penting?

Jadi tak payah nak ajo teman mana satu priority dalam hidup. kalo teman free insya allah teman pergi semua urusan yang berkaitan dengan hobi. kalo tak free maaf le. Jadi buat kawan teman tu ini advise teman (mungkin rakan rakan lain pun boleh ambil iktibar)...

join radio amatur tak bermakna dunia luar harus ditutup sepenuhnya. masih ada kawan yang perlu kita jumpa dan lepak minum teh tarik walhal kawan tu bukan ahli radio amatur pun. Masih ada keluarga yang nak kan perhatian kita selain dari mobile rig dan handy. Perlu luangkan masa dengan keluarga, adik beradik dan sedara mara untuk family gathering dan vacation dari asyik eyeball dengan rakan radio. kena tahu mana barrier antara keje dan leisure...

itu nasihat teman. ikhlas dari hati.

wa chow sin
read more “AGM PARTS 2009 dan nasihat buat kawan”

RAE 2009 - 1

read more “RAE 2009 - 1”

30 March 2009

cerita blog ini

Dalam masa teman nak upgrade blog ni teman dapat email tentang widget komen yang teman pakai tu nak dinaikkan taraf oleh admin deme. itu yang sebab widget tu tak digunakan oleh teman selepas blog ni kembali aktif sebab ianya masih dalam proses naik taraf.

Ralat jugak sebab teman hilang banyak komen dalam tu tapi apa boleh buat. Kebetulan blogger dah aktifkan fungsi embeded comment bawah post. kire dah cantik le tu...

fungsi read more teman guna untuk memudahkan sesiapa yang buka front page blog ni. tak le lama sangat menunggu. kalo berminat nak baca mana mana post just klik je read more tu.

Feed yang teman selalu guna dari feedburner pun dah upgrade. Nanti teman akan uruskan feed tu sementara tu feed asal dari blogger masih berfungsi. Subscribe feed blog blog teman guna google reader (kalo selalu tuko tuko PC) atau mana mana 3rd party rss reader (jika hanya surf guna satu PC sahaja).

lain lain upgrade akan teman usahakan kemudian kemudian hari.

oh ya gambo sebagai background adalah rig yaesu ft-dx9000...

wa chow sin
read more “cerita blog ini”

callsign baru

Kepada mereka yang telah memiliki callsign secara sah, teman ucapkan tahniah. Selamat datang ke jaluran. Mungkin satu masa nanti kita boleh QSO, baik di simplex atau di repeater.

Enjoy your experience in amateur radio.

wa chow sin
read more “callsign baru”

Jumpa geng radio

Semalam masa teman di Dataran Perbandaran Taiping, teman jumpa 2 rakan radio yang sedang sibuk mengayuh basikal. 9W2VZO dan seorang lagi rakan yang teman dah lupa apa kenamanya. Teman ni ajengan lemah bila masuk bab ingat nama orang kalo masa perkenalan adalah masa teman tengah fokus ke benda lain. Kalo ada yang kenal, boleh le bagitau callsign dan QRA rakan tu.


wa chow sin

p/s : 9W2VZO adalah salah seorang pembaca hardcore tahap wonderpet blog teman ni.
read more “Jumpa geng radio”

29 March 2009

Aktif kembali

lama teman offkan blog ni sebab nak kasi cun melecun. bagi mata gua ni dah kire cun le... tapi tak tau mata orang lain.

sebab kenapa teman aktifkan balik sebab ramai yang bising bising bila blog ni teman tutup. Okay la teman bukak balik...

untuk itu teman umum kan blog ni dibuka khas untuk info/cerita/isu berkenaan radio amatur sahaja. perjalanan hidup teman yang boring boleh tengok kat blog personal teman.

wa chow sin

73 de 9W2AFR
read more “Aktif kembali”