18 June 2009

Teman & CW part 2

Ok kita sambung lagi... setelah set mind bahawa cw ni senang kita download software ni

justlearnmorsecode

Sebenarnya banyak lagi software yang ada dalam internet tu seperti cwplayer, g4fon koch dan banyak lagi.

Dengan software tu buat siri a - z dengan setiap huruf diulang 10 kali tanpa gap. Pilih speed 13wpm dan tone sesedap telinga mendengar (selalunya 600-750 - teman amik 600*). Convert ke mp3/handphone/cd/kaset** untuk kita mendengar***. Dengan duration file 4 minit setengah kita ulang 2-4 kali untuk satu sessi. satu hari buat le 2-3 sessi.

MP3 a-z cw

Ini untuk membiasakan telinga dengan bunyi dit dan dah selain dari mengenali huruf secara bersiri.

Maintain untuk 2-4 minggu****.

* mengapa tema guna tone 600? Ini kerana kalo tone lain yang teman gunakan ada gangguan echo serta vibration pada meja. setting bilik yang kelam kabut kot sebabkan jadi macam ni...

**dengan sistem portable teman boleh dengo cw dimana sahaja

***untuk mendengar boleh la jika nak guna headphone tetapi di satu stage dimestikan mendengar menggunakan speaker kerana masa exam audio yang keluar adalah melalui speaker.

****bergantung kepada keupayaan dan disiplin. Tak semua orang perlukan 2-4 minggu mungkin lebih mungkin kurang

FAQ
kenapa tak guna software tu terus?
Jika tak pernah dengar bunyi morse code dan terus guna software pun boleh tapi bila masuk level 4 huruf keatas maka akan terasa susahnya dan ditakuti akan melemahkan semangat. Jadi hati kena keras beb...

p/s : Apa yang teman tulih hanyalah cara teman belajo CW dan penulisan serta penerangan teman ini bukan untuk menidakkan method pembelajaran yang lain. Tepuk dada tanya selera...

73 de 9W2AFR

3 comments:

Zek@9w2pro said...

Teruskan broo...menunggu perkongsian dari anda pula....seronok ada teman ni....

peihong said...

saje je merepek.... lagi pun ada orang tanya macam mana cara teman belajor CW

Zek@9w2pro said...

Bila dah tanya maknenya ada minat...alhamdulillah

Post a Comment