Antara keunikan utama radio amatur adalah tanda panggilan atau callsign yang menjadi ganti diri kita dalam setiap perbualan dalam radio. Dari callsign kita boleh tahu dari mana negara/negeri asal pemilik callsign tersebut terutama dari negara luar. Sebagai contoh Thailand yang dipecahkan kepada 9 jenis callsign seperti peta dibawah
Di Malaysia pula callsign hanya dibahagi kepada 3 bahagian. Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Selain itu callsign (seperti di sesetengah negara) jugak menjadi bukti berapa lama seseorang itu telah menjadi ahli radio amatur. Ini kerana di sesetengah negara callsign tidak boleh dipilih. Ianya akan diberi mengikut turutan seperti JPJ yang mengeluarkan plat kereta. Jadi jika kita tahu negara tersebut menggunakan konsep pemberian callsign seperti ini secara otomatik kita akan tahu tahap otai seseorang itu.
Ada juga sesetengah negara dari callsign kita boleh tahu kelas AA mereka. Seperti Malaysia dari callsign kita tahu kelas AA seseorang. Untuk Malaysia mudah sebab kelas hanya terbahagi kepada 2 iaitu A dan B. Bagaimana pulak jika negara yang memiliki 4 ke 5 kelas. Jadi semuanya tersirat disebalik callsign.
Begitu le uniknya callsign dalam radio amatur. Jadi secara tidak langsung callsign kita adalah nama kita. Hanya satu saja callsign seperti milik kita didunia. Tiada duplikasi di negara negara lain. Secara tidak langsung kita adalah duta negara. Kita mewakili Malaysia dalam dunia radio amatur.
Itu sebabnya teman berani katakan callsign kita tanggungjawab kita.
wa chow sin
p/s : terlampau sinonim dengan callsign sampai lupa nama betul rakan radio. Sebut nama betul tak kenal tapi sebut callsign baru kenal HI HI...
05 April 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment