22 January 2010

RAE2010-1 DAN CW2010-1

sumber

The Malaysian Communications and Multimedia Commission (SKMM) will be holding the first series of Radio Amateur Examination (RAE) and the Morse Code Test (CW) for the year 2010.

The Morse Code Test (CW) will be held at 10.00 a.m. on 17 March 2010 at the SKMM HQ in Cyberjaya. Applications close at 5.00 p.m. on 5 February 2010.

The Radio Amateur Examination (RAE) will be held at 2.00 p.m. on 14 April 2010 at locations in the Northern and Central Regions of Peninsular Malaysia. Applications close at 5.00 p.m. on 12 February 2010.

Notis Inggeris

Notis Melayu

Borang CW

Borang RAE



nota kaki : dalam dilemma pulak ngan date CW tu. Minggu tu cuti sekolah. Adik aku pulak nak kahwin. nanti le aku fikirkan macam mana...







73 de 9W2AFR
read more “RAE2010-1 DAN CW2010-1”

21 January 2010

tak tahu nak kata apa

Tengah sedap aku melayan kesedapan nasi goreng ikan masin tetiba ada mangkuk mana ntah tepuk belakang aku.

TERSEDAK aku!!!

Yang klasik, aku tak kenal pun sapa mangkuk tu. Dia siap tarik kerusi dan duduk depan aku.

"Abang ni abang fariq; 9w2afr kan?", tanya dia.

"Ye. ada masalah apa?", aku jawap sambil mata aku dok usha kot kot aku tercdok cabai burung dalam nasi goreng ikan masin aku tu.

"Fuh nasib saya baik dapat jumpa abang. nama saya polan. callsign 9w2???". Terus terang aku cakap, masa ni aku rasa mangkuk ni nak promote MLM. Damn!!! this will be a long nite la kalo mangkuk ni MLMers.

"memang dah lama saya nak jumpa ngan abang.", dia terus sambung.

"Apa halnya?" aku tanya endah tak endah.

"Saya ni dok buat satu project elektronik untuk radio tapi ada part tak cukup la bang", dia explain. Masa ni kalo si polan ni pompuan memang aku dah cium sebab dia bukan MLMers tapi sebab dia ni lelaki aku maintain je la. Rupenya geng radio yang nak kan bantuan.

"projek apa tu?" aku tanya lagi.

"ala bang tunggu siap la. segan la nak cite selagi belum siap." si polan merendah diri.

"kalau macam u apa part yang tak cukup? ko dah cari kat indah? state?" aku tanya masalah utamanya.

"dah tapi deme kata benda yang saya nak tu mana ada dan tak kan mungkin ada. biasa la bang deme tu bukannya reti pasai radio ni. berniaga deme tau la. itu pun barang tak cukup". dalam hati aku sah ni budak sangat baru dan tak bercampur ngan komuniti radio. kat state elektronik tu ada 2 orang yang ada callsign. kat indah elektronik pun ada seorang tak pasti samada dah ada callsign atau tak tapi dah lulus exam.

"ate ape part yang ko cari yang sampai deme pun cakap tak ada?" aku tanya.

"resistor 1 micro pico ohm bang" kata si polan.

DAMN!! AKU TERSEDAK BUAT KALI KEDUA.






73 de 9W2AFR
read more “tak tahu nak kata apa”

08 January 2010

car for sale




banyak lagi gambo DISINI

73 de 9W2AFR
read more “car for sale”

17 December 2009

Padah tiada piawai Sirim

Padah tiada piawai Sirim

Oleh Zulfa Mohamad
zulfa@hmetro.com.my

NIBONG TEBAL: Tindakan seorang wanita mempromosi peralatan telekomunikasi yang tidak mempunyai kelulusan Institut Penyelidikan dan Piawaian Malaysia (Sirim), menerima padah apabila alat berkenaan dirampas, semalam.

Sebelum itu, wanita berusia 40-an itu mempamerkan walkie-talkie dan radio mudah alih untuk tujuan jualan di Dewan Utama Universiti Sains Malaysia (USM), Transkrian dekat sini.

Orang awam yang meragui tindakan wanita terbabit menghubungi polis sebelum Inspektor Anwar Johari dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis SPS mengetuai serbuan dengan kerjasama pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) diketuai Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa, Enkatesulu Juval serta pegawai penguat kuasa Sirim.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Prai Selatan (SPS), Asisten Superintendan Zulkifli Adamsah, berkata dalam serbuan itu lima unit walkie-talkie dan tiga unit radio mudah alih bernilai RM10,000 dirampas selepas didapati tidak mempunyai kelulusan Sirim.

Katanya, seorang wanita dari Parit Buntar, Perak yang juga jurujual peralatan berkenaan ditahan untuk siasatan manakala peralatan dirampas diserahkan kepada SKMM untuk tindakan lanjut.

“Tindakan diambil mengikut Seksyen 239 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau dua tahun penjara atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan,” katanya.

Zulkifli berkata, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenalpasti sama ada peralatan telekomunikasi berkenaan diseludup masuk ke negara ini.

“Jurujual berkenaan mendakwa tidak mengetahui bahawa penjualan alat itu menjadi satu kesalahan jika tanpa memiliki kelulusan Sirim.

“Polis juga mengingatkan orang ramai supaya memastikan peralatan dibeli mendapat kelulusan pihak berkuasa,” katanya.

Menurutnya, setiap alat telekomunikasi yang hendak dijual perlu mempunyai kelulusan Sirim kerana penggunaan alat yang tidak dibenarkan boleh mengganggu frekuensi alat komunikasi lain.

“Polis juga mengalu-alukan maklumat orang ramai mengenai penjualan alat telekomunikasi yang tidak mempunyai kelulusan Sirim,” katanya.

sumber

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Sebab sibuk maka aku tak pegi pun bagi moral support kat SWAL, kalau tak gerenti aku dapat tengok live kejadian ni. so better be careful next time.

73 de 9W2AFR
read more “Padah tiada piawai Sirim”

16 December 2009

berehat tak bermaksud berhenti

Kawan : wei lama tak dengo suara kat repeater atau simplex

Aku : saje berehat. lagi pun aku sibuk dengan hal hal berbangkit.

Kawan : ooo kalo macam tu bagi la aku beli radio ko tu?

Aku : sorry aku tak jual la

Kawan : Jual je la. ko pun bukan nak main radio lagi kan.

Aku : Bila masa pulak dewan bahasa dan pustaka bagi definasi berehat bermaksud berhenti terus?
read more “berehat tak bermaksud berhenti”

27 November 2009

Salam Aidiladha



73 de 9W2AFR
read more “Salam Aidiladha”

10 November 2009

cerita tentang cw dari apa yang aku baca

baca kat blog kawan kawan yang tulih result rasmi exam cw dah keluar. huh aku tak berapa layan sebab aku tau result aku. kalo baris 9 ngan 10 dalam segmen nombor pada kertas jawapan aku tu kosong tak mau nya bila dah rasmi aku lulus pulak. hehehe kalo bagi pun aku tak nak.

ada jugak isu sessi penerimaan sekarang ni boleh ulang ulang compare yang exam cw masa dulu. aku sedikit pelik dengan isu ni, dalam keadaan operator kelas A yang makin pupus bak kata otai 9m2 kat ipoh ni ada pulak suara sumbang untuk menidakan penambahan populasi operator kelas A. jangan dibawa cerita lama. kalo ikut cerita lama nasi lemak pun 10 sen tiga bungkus. lagi satu tak boleh pukul rata semua nak ulang. aku pernah kena masa 1st exam dulu. dalam 19 orang 2 orang je mintak ulang (aku salah seorang yang mintak ulang - such a loser aku ni) tapi tak dilayan sebab kata pegawai bertugas majotiri tak nak ulang. jadi tak le ulang time tu. last exam cw ada dekat 42 calon. yang datang dalam 30 orang lebih. buatnya dalam 30 orang tu 25 orang mintak ulang takkan yang 5 orang lagi yang tak nak nak keluar dewan pulak. alang alang dah ulang baik semak apa yang patut ye tak?

ada juga yang meracau dah lulus kelas A tapi tak nak memancar di HF atau memancar tapi tak nak qso cw. untuk yang ini aku punya pendekatan senang je. bukan semua orang berwang dan berpeluang untuk memiliki set HF. Kalo la dia berwang sekali pun kalau dia tak nak qso cw apa aku boleh buat. bukan aku atau bapak aku yang bagi duit buat lesen kelas A atau beli set HF tu. samada beli dengan simpanan sendiri atau beli dengan duit pinjaman peribadi bank rakyat itu hak dia. siapa aku nak persoalkan hak dia tu?

ada jugak repekan pasai speed cw. dey apa daaa ini pun mau jadi isu ka? 12 wpm ka? 18 wpm ka? 35 wpm ka? itu kemampuan masing masing la. tak kan kalo tak leh cecah speed 25wpm tak boleh qso cw? kalo ko boleh qso cw 100wpm pun ada aku heran? kalau satu hari nanti aku qso cw dengan orang yang memiliki speed tak diterjemah dek otak aku pendekatan terbaik ialah sign off je. jadi buat kekawan yang dah lulus dan ada set jangan malu malu nak qso cw walau pun speed slow. kalo tak nak cw mode, dapat voice mode pun okay. aku bukan apa takut ada yang merajuk sebab band 40m tu kosong. ha ha ha ha ha

full stop. end of omelan aku petang ni. macam aku suka peringatkan diri aku ni serta kekawan aku yang sama sama main walkie talkie ni; ini hobi maaa tarak bawak mati punya.

apa pun tahniah kepada yang dah lulus. yang gagal macam aku ni, jumpa lagi digelanggang cw akan datang (akan datang, akan datang, akan datang,...)

73 de 9W2AFR
read more “cerita tentang cw dari apa yang aku baca”

09 November 2009

usaha usaha dan usaha. Jangan putus asa

Cha Sa-soon menunjukkan permohonan lesen memandunya di Wanju,Korea Selatan.

Seorang wanita di Korea Utara akhirnya telah lulus satu peperiksaan bertulis untuk lesen pemandu selepas mencuba 950 kali.

Cha Sa-soon, 68, mengambil ujian hampir setiap hari sejak April 2005, menurut laporan AFP.
Dia lulus ujian dengan mendapat 60 markah, kata seorang pegawai polis di Jeonju, selatan Seoul.
Puan Sa-soon mesti lulus dalam ujian memandu sebelum mendapat lesennya.

Dia memberitahu akhbar Korea Times dia hendak mempunyai lesen demi untuk perniagaan sayurnya.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
dan aku akan tetap menyahut panggilan exam cw yang akan datang.

putus asa ? apa tu?

73 de 9W2AFR
read more “usaha usaha dan usaha. Jangan putus asa”

17 October 2009

happy deepavali



73 de 9W2AFR
read more “happy deepavali”

08 October 2009

CW2009-2 - photo 3 of 3

bila result dah keluar semua kerumun

nama aku nombor 10.... hujungnya MERAH lagi

9w2pro

9w2zae

Presiden PARTS, 9w2slj

Jumpa lagi di sessi cw2010 -1

73 de 9W2AFR
read more “CW2009-2 - photo 3 of 3”